Saturday, January 7, 2023

Ahlan Wasahlan 2023

1 Januari 2023.

satu sunnah tertinggal dan teringat semasa solat subuh, tidak bersugi dengan kayu sugi.hilang satu sunnah.

azam tahun ini, lebih banyak membaca kitab dan buku daripada membaca media sosial. amin.

2 Januari 2023.

terjaga jam 4 kurang lebih. sambung tidur kerana bilangnya awal dan rasa kurang sehat.

rasa munafik. sihat pun sama. sakit pun sama.

#diarihatiku #backdated

Friday, December 4, 2020

usia meningkat ajalpun mendekat

Bismillah..

Lama tidak menjenguk teratak.. 2 tahun berlalu..
Bila membaca semula nukilan, saya kerap menulis semasa tarikh lahir saya dalam kalendar Islam..
Ya, semalam 18 Rabiulakhir 1442H..(saya hampir terlupa), alhamdulillah sempat tengok kalendar..
Menyambutnya dengan berpuasa sunat..
Menghadiahi diri sendiri sebuah tafsir perkata English version..(sambil improve vocab)

Sekian, sehingga bertemu lagi.



Tuesday, September 11, 2018

سلام مع الهجرة 1440

@ukm

اهلا وسهلا ...

apa yang terlintas hanya semoga sepanjang tahun ini penuh dengan kebaikan.

perkongsian sambutan:

💐baca 360x bismillah disertai ayat kursi mulai malam ini sehingga sebelum masuk ۲ محرم untuk diniatkan setahun dan titipkan amalan ini tiap tahun menyambut maal hijrah~ijazah dari ustaz muhadir haji joll

💐yang nak dipraktikkan inshaAllah amalan istigfar oleh seorang yang ingin sangat berjumpa imam ahmad hanbal..antaranya bukan setakat uli tepung, tapi buka tutup pegang apa2 semuanya dengan istigfar..semua doanya dimakbolkan!

puisi hati:

indah.
sungguh indah.

disebalik kemanisan sebuah tangisan tanpa paksaan.


sekian.🤗😍😘💐

Saturday, January 10, 2015

tips mudah Tahajjud

Assalamualaikum wbt, Bismillahirrahmanrirrahim....
20 Rabiulawal 1436H...

Hampir setahun saya tidak mencoretkan sebarang cereta... Banyak..semuanya di Minda...

InshaAllah as the new year begins...I'll jot all the stories....permulaannya terimalah Sedikit coretan yang ditinta pada 05.12.2014 yang tidak sempat dimuatnaik...

############
Tips mudah Tahajjud

Pernah tak walaupun tidur awal, Kita tetap liat nak bangun solat Tahajjud walaupun dah set niat sebelum tidur nak bangun...tup2 dah digerakkan Allah melalui bisikan MalaikatNya, tapi masih tunggu sekejap tunggu sekejap...pernah bukan....

Tapi pernah tak, rasa macam sangat penat dan letih, lewat pula tidur, tetapi mudahnya bangun dan tak rasa mengantuk tetapi bersemangat dan bertenaga....subhanallah....

Ya, ia melalui SEDEKAh...walaupun nilainya hanya RM10, yang belum tentu ikhlas, tetapi Dari situla tetiba Allah ilham kan mudahnya untuk bangun Tahajjud...Mungkin anda boleh mencuba...amalkan bersedekah walaupun tidak banyak, tetapi InsyaAllah is Boleh menjadi asbab untuk mudahnya untuk Tahajjud.....

Sekian,
 Dari Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Tuesday, February 18, 2014

Kaulah Cinta

Assalamualaikum wbt,

 Ustaz Hasan Din Al Hafiz cakap Salam perlu dibuat sebelum kata-kata..Ada dalam ayat Quran...jadi saya praktiskan kan ia hari ini...senang bukan... Alhamdulillah, semalam (baru ja berakhir Maghrib tadi) 18 Rabiulakhir 1435H adalah hari kelahiran saya di dalam kalendar Islam... mengimpikan bakal suami saya akan mengucapkan selamat hari lahir dan dialah orang yang akan saya kahwini :) belum ada yet yang sudi wish..

 setahun yang lalu, saya telah terlepas memberikan kek secret recipe kepada si Anak yang baru keluar lift...tergamam atau tergoda? Dan tahun ini, baru terfikir tidak mahu terlepas peluang yang sama...saya mengulangi kesilapan yang sama..coklat snicker yang dibeli telah diniatkan akan memberikan ya kepada Makcik office akhirnya terbuku...,kurang menyesal, ya dek dosa bukan...dan sehingga kini, coklat tersebut tidak dijamah, kerana apa,.tanya sama hati....

 YB,
benar kerana dosa... terhalangkah doa yang dirintihkan.?

Tajuk diberi sempena lagu tema Aku Ada Wali..

Tuesday, August 13, 2013

monolog hati.

Bismillahirrahmanirrahim...

 Bila memikirkan apa yang akan diwasiatkan sekiranya saya mati kelak... Ada tangisan di situ.. Kenapa pilihan tersebut bukan dari Malaysia?Air mata mengalir, subhanAllah...rupanya saya memikirkan jawapan ini bagi pihak di sebelah sana kelak... Hati ini pernah merintih, lahirnya seorang mujahidin...syahid paling tepat...namun, bimbang masanya tiada kesempatan atau lambat tiba...

 Jadi pilihan ini tepat...inshaAllah... Allah lorongkan ke suatu jalan yang buat diri ini tertanya-tanya..mengapa sampai ke tahap ini saya bersungguh menadah ilmu?Rupanya Allah sediakan saya jawapan kepada naluri yang kerap bermonolog sendirian...

 Dan Allah izinkan segalanya...

Thursday, June 6, 2013

Qurratain - Penyejuk Mata Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah...
La hau la wala quwwata illa billah...

Akhirnya niat yang Allah datangkan di dalam hati terlaksana...
Kekadang terfikir kenapa Allah bawa ke situ, kenapa ilham semacam ini didatangkan?

yang pasti ia bukan bisikan syaitan...
Pasti ada sebab kenapa Allah mencampakkan rasa itu di lubuk hati...

tangisan itu pernah datang sebelum hajat ditunaikan....
Dan masanya agak terlambat...
Lalai? Berlengah-lengah...

Maka hari ini saya memilih 27 Rejab 1434H
Peristiwa Israk Mikraj yang saya yakini...

Mendambakan syuhada'...
Semoga roh akan bertemu roh suatu masa..

Nota kaki:
Bisikan Allah yang saya syukuri....
Samar dan ghaib ditemukan di bawah satu doa...

Ahlan Wasahlan 2023

1 Januari 2023. satu sunnah tertinggal dan teringat semasa solat subuh, tidak bersugi dengan kayu sugi.hilang satu sunnah. azam tahu...